Thursday, October 28, 2010

100,000 tempat ikuti latihan teknikal, vokasional

Lebih 100,000 tempat disediakan bagi pelajar mengikuti program di Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) serta Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), tahun depan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pengambilan pelajar bagi mengikuti program peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan itu akan diselaraskan Pusat Pengambilan Setempat yang dilancarkan semalam.

Katanya, permohonan kemasukan program TEVT dan ILKA dilaksanakan secara serentak dengan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Bagi meningkatkan lagi bidang itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran akan dijadikan agensi tunggal dalam pembangunan dan pengesahan kualiti kurikulum pendidikan teknikal dan latihan vokasional.

“Sijil Kemahiran Malaysia pula dijadikan persijilan kebangsaan yang diiktiraf bagi kemasukan dalam perkhidmatan awam dan IPT. Ini akan meningkatkan keyakinan dan mendorong lebih ramai lepasan sekolah melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan teknikal, latihan vokasional dan kemahiran,” katanya pada Majlis Pelancaran Pusat Pengambilan Setempat Kemasukan TEVT dan ILKA di sini, semalam.
Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Omar Abdul Rahman. Awal tahun ini, Kabinet memutuskan untuk mewujudkan Pusat Pengambilan Setempat berkenaan bagi kemasukan ke TEVT dan ILKA yang diselaraskan Jabatan Pengajian Tinggi mulai 2011.

Mohamed Khaled berkata, lebih 100,000 lepasan SPM memasuki pasaran pekerjaan setiap tahun tanpa memiliki latihan kemahiran.

Beliau berkata, selama ini bidang teknikal dan vokasional dilihat sebagai pilihan terakhir pelajar berikutan persepsi prospek kerjaya yang terhad sehingga mengakibatkan tenaga kerja dalam sektor tertentu tidak mencukupi.

“Andaian ini harus disangkal kerana pendidikan teknikal dan latihan vokasional serta kemahiran menyediakan landasan alternatif yang baik bagi pelajar merealisasikan potensi, kecenderungan, minat serta kemahiran diri mereka,” katanya.

Beliau berkata, pelajar perlu memupuk potensi diri dengan mengutamakan aspek seperti perubahan sikap, kemahiran dan dari aspek pengetahuan atau ilmu serta perubahan aspek pengurusan diri seperti budaya disiplin diri dan amJustify Fullanah.

“Jika semua perubahan digarap bersama dengan peluang pengajian tinggi yang diikuti, akhirnya kita dapat menjana pendapatan diri secara bekerja sendiri atau dengan kerajaan atau organisasi,” katanya.

Sejumlah 350 ILKA menawarkan program sijil dan diploma, manakala Program Diploma TEVT ditawarkan di 27 politeknik seluruh negara bagi pengambilan tahun depan.

Pengambilan pertama bermula 1 November hingga 31 Disember depan untuk lepasan SPM dan setaraf, sementara pengambilan kedua bermula 10 Januari hingga 4 April 2011 untuk lepasan SPM, Sijil Kemahiran MARA dan sekolah menengah.

Cikgu Sharul: Ambillah kesempatan yang ada untuk belajar....

Wednesday, October 27, 2010

Teknologi Hijau; UKM, COMSATS tandatangani memorandum persefahaman

WARGA pendidik bertanggungjawab membantu kerajaan memperkenalkan teknologi hijau kepada masyarakat bagi penjagaan alam sekitar secara lestari.

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , Tan Sri Prof Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, berkata wajar jika maklumat serta pengetahuan seumpama itu dapat dimanfaatkan semua pihak.
Beliau berkata, bagi menjayakan usaha itu, penyelidik UKM sudah menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi hijau selain menyebarkan maklumat berkenaan kepada umum dari semasa ke semasa.

Katanya, R&D berkaitan yang kini rancak dijalankan antaranya pelaksanaan seni bina lestari menerusi rekaan bangunan mesra alam, binaan rumah solar dan rekaan sistem pendingin hawa berasaskan udara.

“UKM ingin bersama-sama dengan industri untuk memartabatkan teknologi ini dan mengharapkan komitmen semua pihak.

“Sokongan daripada Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) juga diharapkan bagi menjayakan penyelidikan berkaitan,” katanya.
Sharifah Habsah berkata demikian pada majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UKM dan Suruhanjaya Sains dan Teknologi Pembangunan Mampan di Selatan, Pakistan (COMSATS), yang disaksikan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Johnnity Ongkili di Bangi, baru-baru ini.

Pada MoU itu, UKM diwakili Sharifah Hapsah manakala COMSATS diwakili Pengarah Eksekutifnya Dr Imtinan Elahi Qureshi.

Sempena majlis itu juga, hadirin dari COMSATS dibawa melawat Taman Inovasi Teknologi Hijau yang menempatkan hasil penyelidikan warga akademik UKM mengenai teknologi hijau.

Sharifah Habsah berkata, penubuhan taman atas inisiatif Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) UKM itu menjadi penanda aras dan rujukan kemajuan teknologi hijau negara. Penubuhan taman ini juga mencerminkan kesungguhan UKM dalam menyokong teknologi berkenaan.

Usaha murni itu kata beliau, juga antara sokongan kepada kerajaan seperti dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim di Copenhagen, Denmark, tahun lalu bagi mengurangkan pembebasan karbon di negara ini pada kadar 40 peratus menjelang 2020.

Cikgu Sharul: Inilah yang kita perlukan di saat Bumi ini sedang sakit...

Tuesday, October 26, 2010

Pengurusan Lemah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

Laporan Ketua Audit Negara 2009 mendapati berlaku kelemahan dalam pengurusan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

Kementerian Pelajaran sehingga menyebabkan kelewatan dalam pengagihan bantuan.

Menurut laporan itu, kelemahan lain pula ialah tidak mematuhi beberapa peraturan mengenai pengurusan permohonan dan penyelenggaraan rekod berhubung bayaran juga kurang memuaskan.

Kelemahan-kelemahan itu antaranya berpunca daripada Jawatankuasa Pengurusan Bantuan yang tidak menjalankan fungsinya dengan berkesan, kekurangan Pembantu Tadbir serta latihan secukupnya tidak diberikan kepada pihak yang terlibat dengan pengurusan KWAPM.

Menurut garis panduan KWAPM, wang bantuan perlu diserahkan kepada murid yang layak dalam masa tujuh hari bekerja selepas cek/tunai diterima oleh sekolah, bagaimanapun, semakan audit di 45 buah sekolah di empat buah negeri iaitu Selangor, Kelantan, Pahang dan Sarawak, mendapati sebanyak 29 sekolah telah lewat membuat pembayaran antara 12 hingga 152 hari dari tarikh cek/tunai diterima.

Semakan audit mendapati kelewatan itu antaranya disebabkan oleh kementerian tidak memaklumkan kepada pihak sekolah sebaik sahaja wang telah dikreditkan ke dalam akaun sekolah.

Menurut laporan tersebut, ada juga sekolah yang memberikan bantuan KWAPM kepada murid yang tidak memenuhi kriteria.

"Seramai 12 murid di empat buah sekolah telah diluluskan bantuan walaupun pendapatan yang dicatatkan dalam borang permohonan tidak melayakkan murid tersebut mendapat bantuan," kata laporan itu.

Bagi memastikan kelayakan penerima bantuan tidak dipertikaikan, laporan itu mengsyorkan supaya Jawatankuasa Pengurusan Bantuan memastikan semua borang permohonan diisi dengan lengkap dan disokong dengan dokumen sokongan.

Kementerian juga dicadangkan untuk mengambil tindakan terhadap guru yang mencatatkan maklumat pendapatan dan tanggungan yang tidak benar bagi tujuan melayakkan seseorang murid menerima bantuan.

Laporan itu juga mencadangkan kementerian supaya memaklumkan kepada pihak sekolah sebaik sahaja wang bantuan dikreditkan ke dalam akaun sekolah dengan menggunakan medium elektronik seperti e-mel atau sistem pesanan ringkas.

Selain itu, laporan itu turut mengsyorkan kementerian mewajibkan semua sekolah mengkreditkan wang bantuan terus ke akaun penerima bantuan bagi mengelakkan kes kehilangan dan penyelewengan wang bantuan.

Cikgu Sharul: Sesuatu yang perlu diambil peringatan...

Peralatan sukan yang dibekalkan ke sekolah tidak digunakan sepenuhnya

Peralatan sukan bernilai RM783,955 yang dibekalkan kepada 27 sekolah oleh Bahagian Sukan Seni dan Kokurikulum Kementerian Pelajaran dan dibeli empat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) sejak Disember 2007 didapati tidak digunakan langsung atau secara optimum.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2009, Peralatan sukan itu termasuk peralatan untuk gimnastik/mini gimnastik, bola tampar, olahraga, tenis dan golf.

Laporan itu berkata, ia disebabkan peralatan itu kurang sesuai dengan keperluan jurulatih dan atlet, tiada keperluan pihak sekolah sama ada tiada jurulatih atau atlet, peralatan dibekalkan melebihi keperluan atau tidak berpeluang menggunakan peralatan itu disebabkan ketiadaan atau kekurangan kemudahan tempat latihan di sekolah.

Menurut laporan itu lagi, peralatan sukan bernilai RM588,612 di 15 sekolah antaranya yang diterima sejak 2007 belum direkodkan ke Daftar Harta Modal, Daftar Inventori dan Daftar Stok Bekalan Pejabat atau Kad Petak.

"Bagi daftar aset yang diselenggara, maklumat aset tidak diisikan dengan lengkap dan kemas kini," kata laporan itu.

Selain itu, peralatan sukan yang dibekalkan oleh Bahagian Sukan bernilai RM679,655 di 15 sekolah juga tidak disimpan di tempat yang bersesuaian dan secara teratur dan tanpa kawalan yang sewajarnya.

Laporan itu mencadangkan kementerian supaya memastikan setiap peralatan yang dibekalkan adalah mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Kementerian hendaklah merancang perolehan dengan mengambil kira keperluan jurulatih dan atlet serta mengagihkan segera peralatan sukan kepada sekolah yang memerlukan.

"Daftar aset di sekolah-sekolah hendaklah disediakan dan diselenggara dengan lengkap, kemas kini dan teratur bagi memudahkan kawalan dan rujukan.

"Masalah ketiadaan tempat atau tempat yang tidak mencukupi untuk penyimpanan peralatan sukan di sekolah hendaklah diatasi segera supaya peralatan sukan sentiasa dalam keadaan baik dan selamat," kata laporan itu.

Cikgu Sharul: Bila tiada, baru nak memohon...Bila dah ada, tak pakai pula...

Sunday, October 24, 2010

The oldest thing in universe found

European astronomers on Wednesday said a galaxy born in the childhood of the Universe lies at least 13 billion light years away, making it the remotest object ever observed.

Light from the galaxy UDFy-38135539 that reaches Earth today was emitted when the cosmos was only 600 million years old and mired in a primordial "fog" of hydrogen atoms, they said.

It has taken 13.1 billion years, travelling at 300,000 kilometres (186,000 miles) per second, for this smudge of infant light to arrive.

The study, appearing in the British journal Nature, used a giant European telescope in Chile's Atacama desert to measure the galaxy's so-called redshift.

The more distant a light source is, the longer its wavelength stretches. In other words, a light that appears to be receding from the observer shifts more towards the red part of the optical spectrum.

In this case, the galaxy's redshift was 8.6, making it the most distant object ever observed by spectroscopy.

The previous documented record, in 2009, was a redshift of 8.2 caused by a gamma-ray burst of a super-massive star. An object at a redshift of 10 was once reported but has never been confirmed.

"Measuring the redshift of the most distant galaxy so far is very exciting in itself, but the astrophysical implications of this detection are even more important," said Nicole Nesvadba of France's Institut d'Astrophysique Spatiale.

"This is the first time we know for sure that we are looking at one of the galaxies that cleared out the fog which had filled the very early Universe."

Under the "Big Bang" theory, the Universe originated in a superheated-flash around 13.7 billion years ago and started to expand.

After the cosmos had cooled a little, electrons and protons teamed up to form hydrogen, which for hundreds of millions of years filled the Universe.

During this epoch, known as the Universe's "Dark Ages," there were no stars. It was followed by a period known as reionisation, in which the first stars formed and their intense ultra-violet radiation managed to pierce the hydrogen fog.

Understanding reionisation would also help to explain the formation of the first galaxies. But the starlight needed for evidence has -- until now -- been absent because of the opaque mist that shrouded the Universe at this time.

One theory is that the light from the newly-discovered galaxy was able to penetrate the fog because it was helped by other, nearby galaxies.

"Without this additional help, the light from the galaxy, no matter how brilliant, would have been trapped in the surrounding hydrogen fog and we would not have been able to detect it," said astronomer Mark Swinbank of Durham University, northeast England.

UDFy-38135539 -- whose name comes from its location in the "Ultra Deep Field" zone of deep space -- was first spotted last year by the US orbital telescope Hubble.

The dim light intrigued astronomers poring over the reionisation enigma, said lead author Matt Lehnert of the Observatoire de Paris.

They begged the boss of the European Southern Observatory (ESO) to give them special time on the Very Large Telescope (VLT), which has a highly sensitive redshift-measuring spectroscope.

Sixteen hours of observation, using a very long exposure time, enabled a clearer image of the galaxy, but two months of analysis and testing were needed to confirm the data.

In terms of distance, the gap between Earth and the galaxy is likely to be far higher than 13 billion light years, ESO told AFP.

This is because the Universe has been expanding since the time when the light was first emitted. As a result, the light has had to travel longer in order to "catch up" with us.

Cikgu Sharul: We are not the first and the only one...


Saturday, October 23, 2010

Subjek Sejarah Jadi Subjek Teras SPM

Sejarah akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.

Perkara ini diumumkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Penilaian Menengah Rendah (PMR) pula akan ditukar dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah mulai 2014, dua tahun lebih awal berbanding cadangan asal iaitu pada tahun 2016.

Cikgu Sharul: Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung...


Masih Ada Guru Kerja Hari Sabtu?

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPKK) hari ini meminta Kementerian Pelajaran agar meneliti isu guru yang terpaksa bekerja pada hari Sabtu dengan menghadiri pelbagai kegiatan termasuk kelas tambahan.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata buat masa ini semakin ramai guru terpaksa mengorbankan hari rehat tersebut yang sepatutnya dihabiskan bersama keluarga kerana tugas-tugas berkenaan.

"Sewajarnya perkara ini diteliti kerana ia juga menjadikan beban tugas guru semakin bertambah," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat
Exco KPKK di sini.

Selain itu, Hashim berkata KPKK juga meminta kementerian agar memberi pendedahan secukupnya mengenai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) kepada kira-kira 10,000 guru sekolah rendah di negara ini sebelum dilaksanakan tahun depan.

Beliau berkata, perkara itu perlu kerana rata-rata guru belum memahami KSSR yang akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) tersebut.

"Bagi memastikan pelaksanaan KSSR berkesan, guru harus diberi pendedahan yang secukupnya kerana kurikulum tersebut menekankan kreativiti, inovasi dan keusahawanan merentasi semua mata pelajaran," katanya.

Mengulas isu berkaitan, Hashim berkata KPKK juga akan menghantar permohonan kepada Kementerian Pelajaran agar meneliti pengurusan kewangan Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Perguruan (PSKPP).

Beliau berkata, ini kerana sehingga kini tidak ada satu laporan yang jelas mengenai pengurusan kewangan persatuan tersebut yang diletakkan di bawah Jabatan Pelajaran negeri.

Katanya KPKK juga menerima aduan daripada guru yang dipaksa membayar yuran antara RM3 dan RM5 setahun oleh persatuan tersebut walaupun ia sebenarnya tidak wajib.

"Guru tak boleh dipaksa bayaran yuran. Jabatan Pelajaran tak ada hak (memaksa guru). Ini sukarela," katanya

Hashim turut menegur tindakan Jabatan Pelajaran daerah di sebuah negeri yang bertindak di luar batas profesional apabila mengedarkan senarai nama guru dan butiran peribadi mereka termasuk gaji, kepada sekolah tempat guru terbabit mengajar untuk menuntut tunggakan yuran PSKPP.

Cikgu Sharul: Kesian... Minta pihak yang berkenaan ambil berat masalah guru sekarang ni..

Friday, October 22, 2010

Kerajaan diminta susun semula sistem pendidikan negara

Kerajaan perlu menyusun sistem pendidikan negara sedia ada agar lebih holistik dan dapat digunapakai sehingga 20 ke 30 tahun akan datang, kata wakil Pergerakan Puteri UMNO, Idamoerni Zakaria.

Beliau berkata, meskipun sistem pendidikan sedia ada teradun hasil dari penggembelengan sistem pendidikan terbaik dari pelbagai sumber termasuk dari negara maju, namun adunan itu "terlalu banyak" sehingga membebankan anak-anak untuk menguasai kesemuanya.

"Ya, memang betul ada yang boleh, tetapi hakikatnya majoriti anak-anak tidak berupaya. Akhirnya, konsep menghafal tanpa faham menjadi-jadi. Ianya berterusan sampai ke menara gading dan hasilnya, impian kita untuk melahirkan modal insan yang sejati menjadi seolah-olah masak nasi separuh masak," katanya ketika menyokong usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Idamoerni mencadangkan kerajaan mewujudkan satu jawatankuasa khusus yang menyeluruh dan dianggotai pakar untuk membuat perancangan teliti untuk jangka panjang sebelum satu dasar pendidikan itu dilaksanakan bagi memastikan kandungan pendidikan dipadankan dengan keperluan semasa industri.

Sambil menyatakan sokongan Puteri UMNO terhadap usaha menjadikan pelajaran vokasional dan teknikal sebagai pendidikan arus perdana, beliau berkata usaha memperkasakan aliran itu adalah penting bagi menganjakkan persepsi masyarakat bahawa ia adalah pendidikan kelas kedua atau khusus untuk golongan pelajar yang gagal dalam bidang akademik.

Bagi memantapkan hubungan simbiotik aliran itu dengan industri, beliau berkata Puteri UMNO mencadangkan agar kerajaan memberi insentif seperti mengenakan pelepasan cukai kepada syarikat yang mengambil graduan dan lulusan daripada aliran itu.

Idamoerni berkata, Puteri UMNO juga menggesa kerajaan untuk mengkaji, mentelaah dan menganalisis rumusan sebuah sistem pendidikan berteraskan satu aliran kerana ia bertepatan dengan usaha merakyatkan konsep 1Malaysia.
"Kerajaan telah banyak membuat perubahan dan peningkatan dalam memperkasakan sekolah kebangsaan akan tetapi perubahan yang kerap telah mengelirukan dan menyusahkan pelbagai pihak termasuk golongan guru, pelajar-pelajar dan ibu bapa selain melibatkan kos yang tinggi," katanya.

Beliau turut mencadangkan agar metodologi pembelajaran program Permata yang telah terbukti berjaya membentuk personaliti kanak-kanak yang lebih ceria, berkeyakinan diri, berdisiplin, terkawal serta penyayang diterapkan ke dalam sistem pendidikan kebangsaan dan diselaraskan bermula dari pendidikan awal sehinggalah prasekolah, dan dari sekolah rendah kepada sekolah menengah.

"Inilah modal insan yang kita impikan. Modal insan yang akan membawa negara kita ke dalam sebuah "terowong masa" yang mana akhirnya kita akan berlari, melompat, bersenda loka, ketawa di zaman milenium, bukan lagi sekadar merangkak ke arahnya," katanya.

Cikgu Sharul: Demi masa depan anak-anak kita...

Monday, October 18, 2010

Time, like all good things, may come to an end: Astrophysicist


The end of the world as we know it cannot be avoided, but it can be predicted, according to a group of astrophysicists who see a 50 percent chance of the final countdown ending in 3.7 billion years.

"Time is unlikely to end in our lifetime, but there is a 50 percent chance that time will end within the next 3.7 billion years," according to the team of US and Japanese scientists, who are challenging a long-standing theory of the universe.

While scientists have long concluded that the universe is expanding, and will do so for an infinite period of time, the researchers say the very rules of physics suggest that "an eternally inflating universe" is far from given.

"The point of this paper is to show that certain methods and assumptions that have been widely used by physicists for years -- most prominently, the use of a time cutoff in order to compute probabilities in an eternally inflating universe -- lead to the conclusion that time will end," Raphael Bousso of the University of California, Berkeley told AFP.

"In other words, the time cutoff, which we may have thought was just a calculational tool, actually behaves like a physical event, whether we like it or not," said Bousso, lead author of the study published on arXiv.org

Current theories of the universe begin with the "Big Bang," which cast our living space into being some 13.7 billion years ago in a massive explosion.

Since then, theorists have assumed the universe will simply continue to expand forever, but have also used a theoretical expiration date to help calculate the laws and rules of physics.

But Bousso and his colleagues says the discipline simply cannot have it both ways.

He cautioned however that the complex thought experiment and calculations proposed by the research could not be used to draw definitive conclusions.

"It's very important to understand that we are not saying that we are certain of the conclusion that time will end (though we cannot rule out that it may be correct)," he wrote.

But he said even if the theory was false, discovering why that was the case would help scientists better understand the universe.

"In science, this kind of reasoning is often valuable: you realize that your reasonable-seeming theory predicts something that sounds crazy, so you have to come to grips with that," he told AFP.

"Either you have to abandon the theory, or you have to understand why the crazy-sounding thing may not actually be so crazy."

For astrophysicist Charles Lineweaver, of Australian National University's Mount Stromlo Observatory, Bousso's conclusions are simply incorrect.

"Bousso's average life of a universe is a set time, only because that's what happens when you introduce a cutoff point to get a reasonable probability," he told ABC Television.

"It's a statistical technique being taken probably too seriously," he added.

But Bousso said he and his team had not invented or introduced anything.

"These cutoffs have been used by many leading physicists for years," he told AFP. "We merely pointed out that it's not such an innocent thing to do.

"The cutoff on time is inevitably physical and hence requires a physical justification. It cannot be considered a mere mathematical trick."

Cikgu Sharul: Nothing stays forever...


Pengetua Sekolah Dikenakan Tindakan Kerana Keluarkan Kenyataan Berbaur Perkauman

Dua pengetua sekolah yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman sudah ditukar ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

“Pengetua SMK Tuanku Abdul Rahman Putra, Kulai telah ditukar ke Jabatan Pelajaran Johor sementara Pengetua Bukit Selambau telah ditukarkan ke Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda,” katanya ketika Sidang Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan lisan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) berhubung tindakan kerajaan terhadap pengetua yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman baru-baru ini.

“Dalam kes membabitkan pengetua dari Kulaijaya tindakan telah diambil dengan pegawai kanan itu sudah pun digantung perkhidmatan bermula 13 Oktober lalu.

“Dalam tempoh prosiding siasatan, kakitangan kerajaan terbabit telah dilarang daripada meneruskan perkhidmatannya. Bagi kes pengetua Johor, terdapat ramai saksi (yang menghadiri) perhimpunan sekolah ketika insiden didakwa berlaku, justeru banyak keterangan perlu diambil,” katanya.

Mohamed Nazri menegaskan, kerajaan kini dalam proses akhir untuk mengambil tindakan terhadap kedua-dua guru berkenaan.

“Semua pihak harus faham ini adalah kali pertama seorang pegawai kerajaan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

“Jadi ia makan masa sedikit untuk menyiasat dan ambil tindakan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang ingin tahu mengapa kerajaan lambat mengambil tindakan terhadap guru-guru terlibat.

Jelasnya, situasi ketika kejadian juga perlu diambil kira sebelum sesuatu hukuman dijatuhkan, sama ada guru berkenaan benar-benar mempunyai niat menghasut atau berada dalam keadaan marah.

Bagi kes di Bukit Selambau, Mohamed Nazri berkata, guru itu telah diberi amaran oleh Kementerian Pelajaran dan dia telah memohon maaf secara terbuka.

“Paling penting, mereka telah digantung tugas serta-merta bagi membolehkan siasatan dijalankan. Siasatan perlu mendalam sebelum mereka boleh disabitkan dengan pertuduhan.

“Kita tak mahu penyiasatan yang ‘flip-flop’ akhirnya menyebabkan keputusan yang dibuat tidak memuaskan hati,” katanya.

Cikgu Sharul: Cakap siang, pandang-pandang..

Sunday, October 17, 2010

Guru Pemangkin 1Malaysia

Keupayaan warga pendidik dalam menyedia dan menyampaikan pendidikan berkualiti merupakan tunjang utama dalam memastikan matlamat menjadikan Malaysia negara maju menjelang tahun 2020 tercapai.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, pendidik berperanan penting dalam pembentukan insan secara holistik melalui pembangunan daya inovasi dan kreativiti pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

“Dengan ini, kita akan dapat menghasilkan modal insan yang berilmu, kreatif, inovatif dan berketerampilan serta berupaya untuk memacu ekonomi berteraskan pengetahuan dan mencipta kekayaan baru bagi negara.

“Usaha ini adalah sejajar dengan hasrat Perdana Menteri untuk melaksanakan Model Baru Ekonomi (MBE) dan menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian pada majlis Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia bersama Perdana Menteri di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini hari ini.

Perhimpunan tersebut bertemakan ‘Guru Pemangkin 1Malaysia’.

Muhyiddin berkata, Kementerian Pelajaran sentiasa berusaha menyediakan peluang P&P yang sama rata kepada semua termasuk kumpulan berkeperluan asas merangkumi Orang Asli dan kumpulan etnik di Sabah dan Sarawak.

Malah dalam menyediakan sistem pendidikan yang lebih dinamik dan memenuhi keperluan dan kehendak semasa, kementerian katanya, memperkenalkan dasar-dasar baru tanpa membelakangi dasar-dasar lain yang masih relevan dan sesuai.

Beliau berkata, dasar-dasar seperti Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), Dasar 1Murid 1Sukan, Transformasi Kurikulum serta Mengarusperdanakan Aliran Vokasional dan Teknikal merupakan langkah penambahbaikan dalam sistem pendidikan sedia ada.

“Semua dasar ini bertujuan untuk menghasilkan modal insan yang seimbang, holistik, mempunyai semangat patriotisme yang tinggi, sihat dan membentuk warganegara yang baik dan cemerlang,” katanya.

Justeru, beliau menyeru warga pendidik memainkan peranan masing-masing sebagai agen pelaksana dan agen perubahan demi mencapai dan merealisasikan hasrat kerajaan untuk membina negara bangsa sesuai dengan semangat 1Malaysia.

Muhyiddin berkata, cabaran utama yang dihadapi oleh pendidikan kebangsaan adalah untuk melahirkan warganegara berdaya tahan, dinamik, progresif, berilmu pengetahuan, kreatif, inovatif dan berdaya saing di peringkat global.

Menurutnya, pada masa yang sama, sistem pendidikan juga perlu menggandakan usaha untuk meningkatkan nilai-nilai akhlak mulia dan penyayang.

Oleh itu, kata beliau, Penilaian Kritikal terhadap proses-proses pendidikan yang sedang berjalan hendaklah dilakukan supaya sebarang penyesuaian adalah selaras dengan keutamaan serta keperluan masyrakat domestik dan global yang sentiasa berubah.

Oleh yang demikian, katanya, para pendidik perlulah mempunyai nilai-nilai kepimpinan yang tinggi, kekuatan minda yang profesional, ketangkasan daya fikir dan daya cipta, kemantapan idealisme yang harus dibangunkan untuk melahirkan persekitaran pendidikan yang cemerlang berlandaskan nilai dan etos ‘learning society’.

Cikgu Sharul: Hidup Cikgu Malaysia!!


Bajet 2011: Bantuan Kewangan Khas

KEPUTUSAN pemberian bonus harus mengambil kira kedudukan kewangan negara dan bukan sekadar menggembirakan kakitangan awam atau bertujuan memancing undi, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, kerajaan pada dasarnya mahu memberikan bonus sebulan gaji kepada 1.2 juta penjawat awam tetapi membatalkan hasrat itu kerana ia akan menyebabkan negara meminjam dan menambah hutang sekali gus menyebabkan defisit tinggi Bajet 2011.

“Kalau buat macam ini, negara akan hadapi defisit yang tinggi dalam kos operasi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Pusat Khidmat Bergerak Barisan Nasional (BN) di Padang Taman Klebang Jaya, Chemor, Perak semalam.

Beliau mengulas penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia di ibu negara kelmarin, bahawa kerajaan mahu memberikan bonus sebulan gaji kepada penjawat awam tetapi ini akan mengakibatkan perbelanjaan besar RM3.1 bilion, justeru menggantikannya dengan Bantuan Kewangan Khas RM500 kepada kakitangan awam gred 54 dan ke bawah.

Cikgu Sharul: Tak ada bonus, Bantuan Kewangan Khas pun kita terima...Syukur Alhamdulillah..

Intipati Bajet 2011 untuk Sektor Pendidikan

Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2011. Di bawah ini adalah Bajet yang dicadangkan untuk Sektor Pendidikan...

· Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.

· RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.

· Pendaftaran prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.

· RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap.

· RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.

· Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.

· Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.

· Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.

· Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.

· Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.

Cikgu Sharul: Ke arah pendidikan bertaraf dunia...


Thursday, October 14, 2010

12 Emas Pencapaian Terbaik Malaysia di Sukan Komanwel

Semangat dan kejayaan kontinjen Malaysia mengutip 12 pingat emas, sekaligus melepasi sasaran awal 10 emas, daripada Sukan Komanwel di New Delhi, perlu diteruskan ke Sukan Asia di Guangzhou bulan depan, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Berpuas hati dengan pencapaian itu, beliau berkata kejayaan membuat kutipan tertinggi dalam sejarah penglibatan negara di kejohanan sukan itu dalam pelbagai acara menunjukkan Malaysia kini tidak terlalu bergantung kepada satu-satu jenis sukan sahaja.

"Sebelum ini, Malaysia mengharapkan pungutan emas daripada acara badminton, boling padang dan angkat berat tetapi di New Delhi, Malaysia dapat mengutip emas dalam acara berbasikal, gimrama dan skuasy," katanya.

"Sebelum ini, Malaysia mengharapkan pungutan emas daripada acara badminton, boling padang dan angkat berat tetapi di New Delhi, Malaysia dapat mengutip emas dalam acara berbasikal, gimrama dan skuasy," katanya.

Kontinjen negara di New Delhi mengutip 12 pingat emas sejak temasya empat tahun sekali ini bermula 3 Oktober dan adalah emas terbaik sejak Malaysia mula menyertai Sukan Komanwel di Cardiff, England pada 1958.

Keseluruhanya, kontinjen negara mengutip 12 emas, 10 perak dan 13 gangsa ketika tirai Sukan Komanwel mula dilabuhkan malam ini.

Emas terakhir Malaysia disumbangkan oleh pasangan beregu nombor satu dunia, Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong yang menumpaskan beregu England, James Roberston/Anthony Clark 21-19, 21-14.

Kutipan emas terbanyak Malaysia sebelum ini adalah pada edisi di Kuala Lumpur pada 1998 dengan 10 emas sementara bagi edisi di luar negara, kutipan terbaik ialah di Manchester pada 2002 dengan tujuh emas dan di Melbourne pada 2004, dengan jumlah emas yang sama.
Ahmad Shabery, bagaimanapun, agak terkilan dengan beberapa sukan seperti memanah dan boling padang yang gagal mengutip emas di New Delhi.

Ditanya adakah atlet negara mampu untuk meneruskan pencapaian cemerlang di Sukan Asia yang akan berlangsung dari 12 hingga 27 November ini, beliau berkata kontinjen negara mampu untuk mencapai sasaran sembilan emas dari Guangzhou.

"Ada sukan seperti badminton, yang menjadikan Sukan Komanwel sebagai medan pemanas badan sebelum ke Guangzhou memandangkan saingan bagi acara itu pada Sukan Asia lebih getir dengan kehadiran China, Indonesia dan Korea Selatan.

"Bagaimanapun saya optimis kontinjen negara mampu melepasi sasaran sembilan emas di Guangzhou. Kutipan terbaik Malaysia sebelum ini adalah lapan emas dari edisi di Doha, Qatar pada 2006," katanya.
Dipetik daripada BERNAMA.

Cikgu Sharul: MALAYSIA BOLEH!!

Proton Inspira: Model Baru Proton


Model baru keluaran Proton Holding Berhad, Proton Inspira, yang akan menggantikan Waja pada anggaran harga jualan RM79,888 bagi model kelas bawah dan tidak melebihi RM95,000 bagi model peringkat tinggi. Model ini ditawarkan dengan dua kapasiti enjin iaitu 1.8 liter, 2.0 liter dan tempahan boleh dibuat mulai hari ini.

Didatangkan dengan dua varian enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter berteknologi Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control (MIVEC) hasil kerjasama bijak dengan MMC.

Turut dilengkapi dengan CVT (Continuously Variable Transmission) dan mod penukaran gear secara manual enam kelajuan dengan sistem transmisi automatik INVECS-III (Intelligent & Innovative Vehicle Electric Control System).

Pada majlis yang sama Syed Zainal Abidin menyampaikan hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 kepada pemenang peraduan menamakan model berkenaan iaitu Saiful Yazan Nasir dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik Proton.

Cikgu Sharul: Ke tepi Evo X, Proton Inspira nak lalu...


Wednesday, October 13, 2010

Format Baru PMR Dan UPSR Mulai 2016

Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan menggunakan format baru mulai 2016, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata peperiksaan bagi pelajar Tingkatan Tiga akan dibuat melalui penilaian berasaskan sekolah manakala peperiksaan UPSR bagi murid Tahun 6 akanmempunyai bentuk dan format yang agak berbeza.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kementerian perlu mengambil masa untuk melaksanakan sistem penilaian yang baru itu kerana pelajar yang ada dalam sistem sekarang tidak boleh dibebani dengan format baru.

"Kalau kita nak mulakan penambahbaikan UPSR dan PMR itu, ia mungkin akan bermula seawal-awalnya pada tahun 2016.

"Pelajar yang telah ada dalam sistem sekarang ini tidak perlu kita hadapkan dengan ujian baru kerana mereka telah berada dalam sistem ini...tapi kohort yangbaru masuk mungkin pada 2011, maka ujian yang pertama ialah pada 2016," katanyakepada wartawan Malaysia di sini, Sabtu.

Beliau berkata rundingan ketiga dan terakhir meja bulat mengenai penambahbaikan sistem peperiksaan itu telah selesai dan mereka menerima baik pandangan dan cadangan penambahbaikan yang dikemukakan kementerian. "Secara kasarnya saya boleh sebutkan, umumnya ramai bersetuju bahawa UPSR itu perlu dikekalkan tetapi mesti ada penambahbaikan manakala bagi PMR pula umumbersetuju ia diganti dengan penilaian berasaskan sekolah.

"Yang penting di sini ialah setiap peringkat kemajuan murid dan pelajar sekolah itu perlu dinilai," katanya.

Muhyiddin berkata antara penambahbaikan yang mungkin dilakukan untuk UPSR ialah 60 peratus penilaian murid akan berasaskan bidang-bidang akademik yang terpilih manakala 40 peratus lagi berdasarkan kokurikulum atau sivik.

Beliau berkata perkara itu akan dibawa ke Kabinet dan maklumat terperinci mengenai penambahbaikan itu akan diumum apabila ia diputuskan secara muktamad.

Mengenai penilaian berasaskan sekolah bagi PMR pula, Muhyiddin berkata Lembaga Peperiksaan akan memainkan peranan penting untuk menyelaras bentuk ujian yang akan dilakukan di peringkat sekolah itu.

"Mungkin dalam masa seminggu lagi kita akan maklumkan secara muktamad," katanya.

Muhyiddin berkata penambahbaikan itu akan memperkukuhkan lagi sistem dan kualiti pendidikan negara, dan tidak dilihat sebagai berasaskan peperiksaan semata-mata.

Beliau berkata program perintis penilaian berasaskan sekolah itu telah dilaksanakan sejak 2008 dan sehingga kini ia melibatkan 550 sekolah.

Penambahbaikan sistem peperiksaan UPSR dan PMR itu akan melibatkan perubahan dari segi kurikulum, buku dan latihan untuk guru, katanya.

-dipetik daripada BERNAMA

Tuesday, October 12, 2010

Sijil Khas Tahun 6

Mulai tahun ini, sekolah dibenar mengeluarkan sijil khas Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) bagi Bahasa Melayu dan Inggeris kepada murid Tahun Enam yang boleh dijadikan dokumen sokongan, termasuk untuk permohonan memasuki Tingkatan Satu sekolah berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Berdasarkan panduan yang dikeluarkan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), sijil itu mencatat pencapaian murid dalam PLBS Bahasa Melayu dan Inggeris bagi empat kategori, iaitu tatabahasa dan kosa kata; sebutan, intonasi dan nada; fasih dan bermakna serta bertatasusila mengikut penggredan A, B, C, D atau E.

Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) yang juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan Saint Thomas, Kuantan, Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata mengikut panduan LPM yang diterima pihaknya, baru-baru ini, sijil itu boleh diberi secara berasingan bagi pentaksiran lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris atau digabungkan keputusan kedua-duanya dalam satu dokumen sama.

Beliau berkata, sekolah juga boleh menggunakan logo masing-masing dengan dokumen itu ditandatangani guru subjek serta guru besar sebagai pengesahan.

Katanya, pentaksiran itu dibuat secara kumulatif dari Tahun Satu sehingga Tahun Enam di mana guru membuat penilaian secara berterusan ketika proses pengajaran dan pembelajaran, termasuk melalui kaedah pemerhatian, soal jawab serta tugasan yang bukan dalam bentuk ujian.

“Pengiktirafan kepada pihak sekolah untuk mengeluarkan sijil itu selaras dengan komitmen Kementerian Pelajaran terhadap hala tuju penambahbaikan UPSR di mana 40 peratus penilaian terhadap murid akan dibuat berasaskan sekolah menjelang 2016.
“Ini juga membuktikan kementerian memperakui keupayaan sekolah melaksanakan pentaksiran yang menepati garis panduan serta piawaian ditetapkan LPM,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Mohamed Sabri berkata, sijil khas itu bukan saja sesuatu perakuan yang bermakna kepada murid dan ibu bapa, malah boleh digunakan oleh guru subjek bahasa di sekolah menengah sebagai panduan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar berkenaan dalam penguasaan lisan Bahasa Melayu serta Inggeris.

Bagaimanapun, sekolah yang tidak mampu menampung kos pengeluaran sijil khas itu, boleh mencatat keputusan pentaksiran lisan dua subjek berkenaan dalam buku rekod pencapaian pelajar.

PLBS diperkenalkan pada 2003 sebagai sistem penilaian bagi menentukan tahap penguasaan lisan dwibahasa murid di seluruh negara bertujuan membina kemahiran dan keyakinan mereka dalam berkomunikasi secara berkesan.

Sementara itu, Mohamed Sabri berkata, pihak sekolah juga sudah menerima arahan Kementerian Pelajaran untuk mencalonkan guru Tahun Satu bagi mengikuti kursus Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK).


Sistem Peperiksaan Baru Ganti PMR

TEKA-TEKI mengenai kedudukan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sudah pun terjawab. Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, merangkap Menteri Pelajaran mengumumkan bahawa UPSR akan dikekalkan dengan melakukan sedikit penambahbaikan.

Sementara PMR akan dimansuhkan dan diganti dengan sistem penilaian baru berasaskan sekolah. Perubahan itu sejajar dengan desakan pelbagai pihak yang mahu kerajaan memperbaiki sistem persekolahan di negara ini kerana berpendapat sistem yang diguna pakai sekarang terlalu berorientasikan peperiksaan. Berikutan keputusan itu, mulai 2016 UPSR akan menggunakan format baru dengan beberapa penambahbaikan dari segi bentuk dan komposisi subjek. Antara perubahan dicadang itu, termasuk mengambil kira bidang utama dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan selebihnya berteraskan aktiviti kokurikulum atau sivik.


Perubahan itu mengurangkan penilaian prestasi pelajar yang selama ini hanya berasaskan akademik dan peperiksaan. Bagi PMR pula, kementerian melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) akan memastikan aspek integriti pentaksiran supaya tiada sekolah mengamalkan sikap pilih kasih terhadap mana-mana calon dalam pemberian markah. Kita yakin, jika soalan disediakan atau dipantau LPM, masalah perbezaan soalan dan sistem pemarkahan dapat ditangani, sekali gus mengelak dakwaan pihak sekolah mengamalkan sikap pilih kasih terhadap calonnya.

Keputusan kerajaan ini, tentunya tidak mampu memuaskan hati semua pihak kerana sebelum ini pun pelbagai pandangan berbeza dilontarkan mengenai perubahan yang sepatutnya dibuat terhadap sistem peperiksaan, termasuk daripada wakil Kementerian Pelajaran atau agensi kerajaan sendiri, sektor swasta, ahli akademik serta tokoh pendidikan. Malah ada yang menyarankan supaya kerajaan memansuhkan langsung kedua-dua peperiksaan, sebaliknya memadai dengan satu peperiksaan saja, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kita yakin keputusan Kementerian Pelajaran itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dari pelbagai pihak dan mengkaji secara mendalam dari pelbagai sudut. Selain itu, Kementerian Pelajaran turut melakukan ujian perintis membabitkan 50 sekolah pada 2008 dan 500 lagi tahun lalu bagi melihat kesesuaian cadangan yang bakal dilaksanakan itu.

Rakyat mesti yakin dengan tindakan kerajaan kerana apa diputuskan tentu sekali demi kebaikan semua pihak, apatah lagi jika ia membabitkan masa depan anak kita. Pendidikan adalah proses membangunkan insan sebab itu setiap perubahan memerlukan perancangan teliti kerana jika tersilap langkah ia bukan hanya menjejaskan masa depan rakyat, malah kemajuan negara juga boleh terancam. Pelajar, guru dan sekolah adalah pihak yang terbabit secara langsung dalam memastikan berjaya atau gagalnya pelaksanaan perubahan baru yang dicadangkan itu.

Kita tentunya tidak mahu sesuatu perubahan dilaksanakan separuh jalan, kemudian menemui kegagalan seperti apa yang berlaku terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang terpaksa dimansuhkan selepas mendapat bantahan banyak pihak. Walaupun peperiksaan adalah mekanisme penting untuk mengukur kecemerlangan pelajar, namun belum tentu dapat menjamin anak kita menjadi insan berketrampilan dari segi sahsiah dan berkemahiran dalam pelbagai bidang untuk mereka bersaing dalam dunia moden hari ini.