Wednesday, August 31, 2011

Perutusan Khas Hari Raya Aidilfitri Dan Hari Kemerdekaan

PERUTUSAN KHAS HARI RAYA AIDILFITRI DAN HARI KEMERDEKAAN OLEH
YAB. DATO’ SRI MOHD. NAJIB TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
28 OGOS 2011

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Aidilfitri serta Salam Kemerdekaan,

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.

1. Pertamanya, segala ucapan tahmid dipanjatkan ke hadrat Allah SWT justeru selesai sebulan kita melaksanakan ibadah puasa dalam satu perjalanan spiritual mentarbiyyah rohani dan menguji fizikal. Maka, dengan tibanya fajar Syawal yang mulia, umat Islam hari ini dengan penuh rasa kesyukuran menyambut satu kemenangan mujahadah yang tertinggi pengertiannya seperti disifatkan oleh Rasulullah SAW yakni jihad bagi melawan nafsu.

2. Pada tahun ini, ditaqdirkan sesuatu yang bitara dan unik, sebagai rakyat Malaysia kita bertuah dapat menyambut gema Aidilfitri berselang sehari dengan ulangtahun sambutan kemerdekaan negara yang ke lima puluh empat. Kedua-dua perayaan ini mempunyai signifikan begitu besar kepada negara yang mempunyai kemajmukan amat kompleks seperti Malaysia di mana bukan sahaja wujud perbezaan daripada segi etnik tetapi juga teranyam indah dengan kepelbagaian agama, budaya, bahasa dan taraf sosioekonomi.

3. Pucuk pangkalnya, rakyat Malaysia yang berlainan agama, anutan dan kepercayaan mempunyai banyak sebab untuk bersyukur dan berterima kasih. Hakikat bahawa, Malaysia telah dan sedang dirahmati nikmat keamanan juga kemakmuran tidak mampu disangkal oleh mana-mana pihak. Jelas sekali, kita ibarat sebuah oasis di tengah-tengah dunia berkecamuk sedang dilanda badai politik dan kegoncangan ekonomi yang bertali arus.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

4. Hari ini, seperti yang kita maklum, ketika gergasi ekonomi dunia seperti Amerika Syarikat dan juga beberapa negara anggota Kesatuan Eropah yang dikelompokkan sebagai ekonomi maju sedang bergelut dengan krisis kewangan serius sehingga memerlukan penyelamatan atau “bailout”, sebaliknya, Malaysia hasil pengurusan yang berhemah serta cekap, masih mampu bukan sahaja untuk mengembangkan ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan baru tetapi juga untuk memberikan setengah bulan bonus kepada satu perpuluhan empat juta kakitangan awam yang menelan belanja dua bilion ringgit menjelang sambutan istimewa perayaan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan.

5. Sungguhpun yang demikian, kita tidak boleh sekali-kali terbuai dan berpuas hati dengan ehwal kejayaan tersebut. Untuk itu, sepanjang tempoh dua tahun yang lepas, pancang-pancang telah dipasak oleh kerajaan bagi memastikan penciptaan kekayaan baru, pertumbuhan ekonomi berterusan dan penciptaan pekerjaan berganjaran tinggi selaras dengan kemahiran yang semakin meningkat. Apa yang diimpikan adalah sebuah negara yang makmur dan sejahtera dimana setiap individu sanggup bekerja keras, meningkatkan kemahiran secara istiqomah dan beriltizam menggunakan segala peluang dengan bijak agar dapat mencorak sebuah kehidupan bahagia berkelangsungan hingga cucu cicit kita kelak.

6. Peri pentingnya, setiap seorang daripada kita hendaklah mengetahui bahawa, matlamat tertinggi kerajaan adalah untuk mendahulukan kebajikan seluruh rakyat, sebagai suatu urutan keutamaan yang telah menjadi wawasan nasional semenjak negara mencapai kemerdekaan. Dari itu, sebagai kerajaan yang merasai denyut nadi rakyat, lagi prihatin terhadap kegundahan serta resah gelisah warganya dan memahami kebimbangan mereka, kita sedar tentang fenomena kos kehidupan semakin meningkat sekaligus kita maklum terhadap harga bahan makanan yang semakin naik. Lantaran itu, kerajaan telah dan akan terus mengambil tindakan memperbaiki dan memperelok keadaan ini secara berperingkat serta menyeluruh demi kepentingan rakyat.

7. Pokoknya di sini, sekalipun fenomena kenaikan harga bahan makanan bersifat global, namun sebagai kerajaan bertanggungjawab kita tidak akan berpaling daripada menghadapi sebarang cabaran. Misalannya, sebagai langkah awal kita telah menjadikan matlamat menangani kos kehidupan yang semakin meningkat sebagai satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA yang terbaru. Satu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga Barang juga telah ditubuhkan dengan dipengerusikan sendiri oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri. Sememangnya, langkah-langkah ini membuktikan komitmen kerajaan bagi memastikan program yang bakal digubal serta dilaksanakan akan benar-benar mampu membantu rakyat.

8. Selain daripada itu, kerajaan akan meneruskan dasar memberi subsidi secara langsung atau tidak langsung. Ini terutamanya, subsidi bahan makanan yang terpilih seperti beras, minyak masak, tepung gandum dan gula. Begitu juga bahan bakar seperti Petrol RON95, Diesel dan LPG serta perkhidmatan kesihatan dan pendidikan. Akan tetapi, kita berhasrat melakukannya dengan lebih cermat dan bijaksana tanpa menjejaskan kesihatan fiskal negara dengan mendukung prinsip bahawa mereka yang lebih memerlukan dan berkelayakan akan didahului serta diutamakan.

9. Sehubungan itu, baru-baru ini saya telah mengumumkan beberapa inisiatif awal bagi membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung. Antaranya, Kedai Rakyat 1Malaysia di mana barang-barang keperluan berjenama 1Malaysia mampu dibeli dengan harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran. Di Klinik-Klinik 1Malaysia pula rawatan asas boleh diperolehi dengan bayaran seringgit dan yang mutakhir melalui Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau singkatannya KAR1SMA sejumlah 1.4 Bilion akan diperuntukan kepada lima ratus ribu warga emas, orang kelainan upaya, ibu tunggal serta balu polis atau tentera yang berkelayakan.

10. Sesungguhnya, usaha kerajaan tidak terhenti sekadar itu sahaja. Selanjutnya, insyaAllah melalui Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada awal Oktober nanti, saya akan mengumumkan pula langkah-langkah susulan bersifat lebih komprehensif bagi menangani masalah yang memberi kesan kepada isi keluarga yang berpendapatan rendah dan pertengahan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

11. Dalam syiar meriahnya perayaan dan besarnya jiwa kemerdekaan, saya menyeru kepada semua agar tidak sekali-kali melupakan pengorbanan, darah, keringat dan air mata bapa-bapa kita para pejuang kemerdekaan negara serta anggota pasukan keselamatan negara dari dahulu hingga sekarang. Beringatlah yakni semuanya tidak terjelma dengan berwenang-wenang ataupun kekal lestari jika bahtera keramat kemerdekaan Malaysia tercinta ini terbiar hanyut tidak dikemudi dengan tulus, tidak dihargai dan musnah tanpa dipelihara. Oleh yang demikian, kita dengan ini menolak dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang pernyataan dan usaha oleh mana-mana pihak yang ingin mempersenda atau memperlekeh pengorbanan mulia para wirawan dan wirawati negara serta keluarga mereka. Kita berasa kesal kerana mereka sebaliknya pula memperagungkan Parti Komunis Malaya yang anti Tuhan, anti agama dan anti Nasional.

12. Jadi, di atas segala-galanya, bagi memastikan apa yang terlimpah dan tercurah ke atas kita dan bumi Malaysia kekal berkesinambungan, maka perpaduan nasional perlu terus dibajai dan diperkukuhkan. Mudah-mudahan jua atas keinsafan ini makin tersepuh dan menebal semangat patriotisme dan kecintaan yang kukuh kepada pertiwi di setiap nubari kita.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

13. Bertolak dari situ, pada hemah saya, dua sambutan yang bersesekali ini sewajarnya membawa permaknaan dan pengertian yang mendalam tentang betapa besarnya kurniaan Ilahi kepada Malaysia yang makmur, bebas dari sebarang ketakutan dan kebimbangan terhadap keselamatan sama ada keselamatan diri kita mahupun keluarga disamping dapat meraikan hari-hari kebesaran sebegini dalam keadaan kecukupan dan kelimpahan.

14. Kata orang dulu-dulu, sempena hari baik bulan baik ditambah pula hembusan Merdeka, kita buanglah yang keruh, kita ambillah yang jernih. Di musim perayaan ini, marilah kita bersatu sebagai sebuah keluarga besar Malaysia supaya dapat menjadi contoh kerukunan hidup kepada seantero dunia.

15. Lantas, sempena bulan yang mulia dan semangat sambutan Hari Kebangsaan ini, ayuhlah kita terus menyemarakkan tradisi murni kunjung mengunjung dan mengadakan rumah terbuka. Seperti yang sering dinyatakan, bukalah pintu rumah dan pintu hati seluasnya dengan menjemput rakan-rakan berlainan kaum, kepercayaan dan agama ke rumah masing-masing. Di sinilah tergubah dan terlukisnya sebuah citra Malaysia yang kita damba-dambakan.

16. Akhir kata, saya dengan rasa kerendahan hati bagi pihak diri, isteri, anak-anak dan seisi keluarga mengambil kesempatan ini menyusun jari nan sepuluh memohon kemaafan zahir dan batin atas apa jua kesalahan mahupun kekhilafan yang dilakukan. Turut dihulurkan salam istimewa Hari Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia dimana jua Tuan-Tuan dan Puan-Puan berada. Semoga Tuhan sentiasa merahmati kita semua.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillah hil Hamd.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Kemerdekaan.

Cikgu Sharul - Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Hari Kebangsaan...


Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir & Batin

Al Fatihah...


Ayahanda tercinta Allahyarham A. Mohd. Shariff bin A. M. Abdul Majid
(11 April 1953 - 28 Ogos 2011)

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Kepada para sahabat handai jauh & dekat,
Pada 28 Ogos 2011 bersamaan dengan 28 Ramadhan 1432, ayahanda Cikgu Sharul telah pergi menyahut panggilan Illahi..

Kepada sesiapa yang terbaca blog ini, mohon disedekahkanlah Al-Fatihah..Moga-moga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT..

Amin...


Thursday, August 25, 2011

Graduan PhD pensyarah, guru tingkat taraf pendidikan

TARAF pendidikan pensyarah dan guru sekolah rendah semakin meningkat apabila ramai daripada mereka memperoleh ijazah doktor falsafah (PhD) dan sarjana dari institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjong Malim, Perak.

Walaupun kelayakan tinggi belum tentu menjamin kenaikan pangkat dalam jangka masa pendek, namun guru berkenaan tetap cekal mendapatkan sekurang-kurangnya segulung ijazah.

Kesungguhan itu dibuktikan Pensyarah Pendidikan Guru Tawau (IPGT), Sabah, Dr Abdul Ghani Sani, 39, guru Sekolah Kebangsaan Losong, Kuala Terengganu, Abdul Rashid Ishak, 49, dan Guru Sekolah Kebangsaan Parit Baharu, Sabak Bernam, Selangor Abidin Mohamad, 47.

Abdul Ghani, pensyarah Jabatan Pengajian Melayu di IPGT mengambil masa lapan tahun menyiapkan tesisnya bertajuk “Deskripsi Struktur Dan Fungsi Tata Hubung Dalam Bahasa Melayu Berasaskan Kajian Teks Hikayat Abdullah Munsyi”.

Sepanjang tempoh menyiapkan tugasan itu, katanya dia terpaksa berulang-alik dari Tawau ke UPSI dan dianggarkan sejumlah RM100,000 dibelanjakan untuk itu.

Bagaimanapun, dia bertuah kerana mempunyai isteri yang juga seorang guru sekolah menengah di Kota Kinabalu, Siti Zaiton Ismail, 33, sentiasa bersama menunggunya menamatkan pengajian.

Isterinya yang turut mendapat dua kali tawaran meneruskan pengajian, bagaimanapun niat murni itu dipendamkan bagi memberi laluan kepada suami menamatkan pengajian.
“Kini saya puas kerana pengorbanan serta kesabaran ahli keluarga sepanjang lapan tahun membantu memperoleh PhD,” katanya ketika ditemui selepas menerima PhD Pendidikan Bahasa Melayu pada majlis Konvokesyen ke-13 UPSI, baru-baru ini.

Abdul Ghani, anak ketiga daripada enam beradik ditemani bapanya yang juga bekas Pengarah Muzik Polis Diraja Malaysia Kontijen Sabah, Sani Rosman, 63, ibunya Aisah Jani, 59 dan isteri.

Katanya, dia sudah mengemukakan permohonan untuk menjadi pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan berharap impian bergelar profesor satu hari nanti menjadi kenyataan.

Sementara itu Abdul Rashid, berkata dia gembira menerima Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan Pendidikan), apabila isterinya Halimah Ton Mansor, 55, Pengarah Kemas Pahang memberi sokongan ketika dia menghabiskan masa menyiapkan tugasan di UPSI.

Abdul Ghani, lulusan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan Pendidikan), berkata dia bangga memperoleh ijazah berkenaan kerana ketika muda tidak berpeluang meneruskan pengajian.

“Sebagai anak pesawah dan keluarga hanya menyewa tapak tanah orang lain. Saya perlu memberi sepenuh perhatian kepada 10 adik beradik lain,” kata bapa kepada lima anak dan tiga daripadanya masih menuntut di IPT tempatan.

Cikgu Sharul - Menuntut ilmu tiada penghujungnya.. Cikgu Sharul pun mau sambung lagi ke peringkat lebih tinggi..

MoE Reviewing Islamic Studies Curriculum

The Ministry of Education (MoE) is reviewing the new curriculum for Islamic Studies which is expected to be ready in the near future, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, who is also the Education Minister, said there was a possibility that the new curriculum for Islamic Studies could also include the J-Qaf.

"We hope to be able to implement the new curriculum for Islamic Studies as soon as possible," he said after a 'tahlil' session at the Surau Saadiah, here Thursday.

At the function, he also received tithe contribution of RM120,000 from Uda Holdings from its chairman, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Earlier at the handing over of aid from the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) at the Muar District Education Office, Muhyiddin said that since its implementation, 35,000 undergraduates had benefited from the aid.

Cikgu Sharul - Need a lot more improvement on this subject...

Haram Membekal, Menjual Bebola Agar-Agar



Berkuat kuasa hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengharamkan pembekalan dan penjualan bebola agar-agar (seeds growing kits) yang banyak digunakan untuk tanaman pokok hiasan di dalam rumah.

Pengharaman dibuat selepas kerajaan menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang mengendalikan pembedahan ‘laparatomy' terhadap lapan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun kerana usus tersumbat akibat tertelan agar-agar berkenaan.

Agar-agar itu turut dikenali dengan pelbagai nama iaitu Seven Colour Crystal Ball, Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata agar-agar berbentuk guli berwarna-warni yang digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau hiasan pasu dijual dalam bentuk bebola kecil bersaiz kurang 0.5 sentimeter yang jika direndam dalam air boleh mengembang sehingga 290 hingga 444 peratus daripada saiz asal dan bersifat kenyal.

"Kanak-kanak mungkin menganggapnya sebagai makanan dan menelannya, manakala sifatnya yang menghakis serta mudah mengembang menyebabkannya tersumbat dalam usus.

"Kanak-kanak yang tertelan agar-agar itu akan mengalami kesan seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat atau usus bocor," katanya pada sidang media khas untuk mengumumkan keputusan itu di sini, semalam.

Berikutan keputusan itu, katanya, penjualan, pembekalan dan menyimpan bahan berkenaan diharamkan mulai hari ini.

Cikgu Sharul - Memang bahaya agar-agar ni...

Thursday, August 18, 2011

Preschool Teachers And Childminders To Have Better Qualification

Preschool teachers and childminders in the country will need to have better qualifications in future, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

He said the Education Ministry was in the process of drawing up mechanisms and requirements that would enable the teachers and minders to gain higher qualification in the near future.

Muhyiddin, who is also the Education Minister, said this was necessary because although the government had carried out various training programmes to raise the skills of these teachers and childminders, they were still inadequate to produce preschool teachers of world standard.

"The more knowledge that the teachers have, the more skilled will they be, and their functions as educators in the children's formative and criticial years will be more effective in the children's development," he said when launching the ECCE - Early Childcare and Education Council, here Thursday.

Citing an example, he said Russia had long given recognition to preschool education and their teaching manpower had doctorate qualifications or at least a masters degree

"This should be taken as an inspiration and a benchmark," he said.

Muhyiddin said a scheme was also being studied so that the government could provide assistance based on certain scales to children from middle-income families to attend private kindergartens and preschool classes.

For the time being, the government provided a fee subsidy of up to RM150 per month for a child from poor families to attend private preschool classes.

He said that last year, a total of RM10.6 million had been provided to assist in paying school fees for 21,179 children from poor families to attend private preschool classes.

He said that government investment in child nurseries and preschool education was an appropriate move.

Realising the potentials of early education for children, he said the sector was also one of the 13 initiatives under the National Key Economic Areas (NKEAs).

Meanwhile, ECCE Council President Datuk Dr Chiam Heng Keng said the body would strengthen the governance of the ECCE industry through professionalising and assuring quality control of the industry.

She said the Council was working with the Housing and Local Government Ministry on a project to have a one-stop centre to facilitate registration of child care centres and preschools and reduce the approval process to 14 days.

"The guideline is expected shortly to be submitted to the Cabinet for approval," she said.

Speaking to reporters later, Chiam said the Council would initiate several move, including to give accreditation to the centres according to the level of quality of services and professionalism provided.

A nationwide roadshow beginning end of the year to create awareness among the public, especially parents on the importance of early childhood education will also be held, she added.

Cikgu Sharul - Dearest Preschool Teachers, please..please..take care of our future nicely...

Primary School Teacher Who Took Syabu

A 28-year-old teacher at a primary school, here, was fined a total of RM5,200 by the Magistrate's Court, Wednesday, on two counts of taking drugs. Magistrate Edward Paul ordered Yusof Sulaiman to pay the fine after he pleaded guilty to both charges.

On the first count, Yusof was fined RM3,000 or four months' jail for taking syabu on Feb. 12 along Jalan Dr Yamamoto, here.

On the second count, he was handed another RM2,200 or four months behind bars for taking Syabu on Feb. 24 at Kg Sentosa, Tawau.

He was arrested after testing positive in an urine test at the police station here.

The court ordered Yusof to be placed under police supervision for two years after paying his fine or serving jail. Chief Insp. Joan Lee prosecuted.

Cikgu Sharul - How do we should discipline our children if the teacher also taking the wrong path?? Together, don't let this thing happen anymore...

Malaysia Duduki Tempat ke-11

Malaysia menduduki tempat ke-11 sebagai negara pilihan utama pelajar antarabangsa untuk meneruskan pengajian, kata Timbalan Ketua Pengarah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Datin Ir Dr Siti Hamisah Tapsir.

Katanya, Malaysia kini menguasai dua peratus daripada jumlah pelajar antarabangsa di seluruh dunia.

"Sehingga Jun 2011, jumlah pelajar antarabangsa di Malaysia melebihi 90,000 orang dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mensasarkan 200,000 pelajar antarabangsa menjelang tahun 2020," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung dengan IPTS Zon Utara di sini, hari ini.

Teks ucapan Siti Hamisah dibacakan oleh Pengarah Bahagian Governan IPTS, Dr Mohd Ali Abdul Rahman.

Katanya, kecenderungan penambahan bilangan pelajar antarabangsa di negara ini disokong oleh dasar liberalisasi pengajian tinggi yang membuka 100 peratus ekuiti asing menjelang 2015.

Siti Hamisah berkata, bidang utama yang menjadi kekuatan Malaysia untuk diterokai dari aspek bidang pengajian tinggi ialah Hospitaliti dan Pelancongan, Perkhidmatan Kesihatan, Kewangan Islam dan Perniagaan serta Bidang Kejuruteraan Termaju, Sains dan Inovasi.

Katanya, bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi, negara amat memerlukan sokongan IPTS dalam melahirkan modal insan yang berkepakaran tinggi.

Beliau berkata, ketika ini akses kepada pengajian tinggi negara bagi kohort umur antara 17 hingga 23 tahun adalah 40 peratus dan dijangka meningkat kepada 60 peratus dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

"Oleh yang demikian tidak dapat dinafikan bahawa Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) sektor pengajian tinggi swasta adalah antara penggerak utama kepada perkembangan ekonomi negara.

"Ini sesuai dengan unjuran Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) bahawa sektor pengajian tinggi negara bakal menyumbang antara RM34 bilion hingga RM61 bilion dalam Pendapatan Negara Kasar (GNI) menjelang 2020," katanya. - dipetik daripada BERNAMA

Cikgu Sharul - Satu lagi perkara yang perlu buat kita berasa bangga...

Ibu Bapa Perlu Lapor Jika Ada Guru Cuba Sebar Agama Lain

Ibu bapa perlu melaporkan kepada Jabatan Agama Islam negeri masing-masing jika terdapat guru atau guru tuisyen yang cuba menyebarkan agama lain kepada anak-anak yang beragama Islam, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Jabatan Agama Islam di negeri-negeri mempunyai kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang cuba menyebarkan agama lain kepada umat Islam di negara ini.

"Bagaimanapun, ibu bapa perlu memastikan kesahihan perkara tersebut sebelum melaporkan kepada Jabatan Agama Islam," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan & Ramah Mesra Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab PDRM Cheras di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang mendakwa seorang guru tuisyen di Jalan Kuchai Lama di sini, mengajar murid-muridnya yang kebanyakan mereka beragama Islam menyanyikan lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

Dilaporkan murid-murid beragama Islam yang belajar di kelas tuisyen yang diberikan secara percuma oleh sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di kawasan itu diajar menyanyikan lagu "Yes, I know Jesus loves me" dan "Hari ini Ku Rasa Bahagia" yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib.

Selain itu, murid-murid itu juga dikatakan mampu bercerita kisah-kisah Nabi Isa termasuk kisah Nabi Isa disalib dan difahamkan, murid terbabit diterapkan ajaran agama Kristian secara halus ketika belajar.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau dimaklumkan pusat tuisyen itu bukan diadakan di dalam kawasan sekolah di situ tetapi di luar sekolah.

"Ibu bapa pelajar yang terbabit perlu menyiasat bagi memastikan keadaan sebenar dan Kementerian Pelajaran akan pantau perkara itu," katanya.

"Hal begini tak boleh dilakukan kerana kita ada undang-undang tertentu (dan) enakmen tertentu," katanya.

Sementara itu, mengenai isu peletakan jawatan 146 staf akademik Universiti Malaya sejak 2009 kerana didakwa tidak berpuas hati dengan kepimpinan Naib Canselornya, Tan Sri Dr Ghauth Jasmon, Muhyiddin berkata, adalah tanggungjawab Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk mendapatkan laporan yang sebenar.

"Perlu melihat apakah isu-isu atau masalah yang dihadapi oleh mereka dengan Naib Canselor, dan lihat apakah hal-hal lain yang menyebabkan mereka mengambil langkah-langkah demikian. Kita tidak boleh membuat andaian di peringkat awal," katanya.

Beliau berkata, apa yang penting adalah memastikan pentadbiran universiti itu berjalan dengan baik, dan hubungan antara kakitangan dan pimpinan tertinggi berjalan dengan akrab.

"Ini adalah sasaran untuk mencapai kecemerlangan di peringkat universiti," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan timbalannya Datuk Wira Abu Seman Yusop, Ketua Setiausaha kementerian itu Tan Sri Mahmood Adam dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar. - dipetik daripada BERNAMA

Cikgu Sharul - Kesian budak-budak kita ni..apalah yang dia tahu tentang perkara-perkara sebegini... Ibu bapa perlu main peranan..

Tokoh Akademik Britain Iktiraf Kualiti Pendidikan di Malaysia

Pendidikan yang berkualiti tinggi di Malaysia menarik minat ramai pelajar asing untuk melanjutkan pengajian di negara ini, kata Naib Canselor Antarabangsa University of East London (UEL) Prof John Shaw.

Beliau berkata, Malaysia mencapai tahap sebagai hab pendidikan yang berkualiti tinggi dan hakikat ini dapat dilihat apabila begitu ramai pelajar dari seluruh dunia seperti China, Nigeria dan Kazakhstan melanjutkan pengajian di universiti dan kolej universiti di negara ini.

"Mereka ke sini kerana yakin akan mendapat pendidikan yang berkualiti tinggi," katanya selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi pihak UEL dengan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (Picoms) di sini, hari ini.

Pada majlis yang disaksikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom itu, Picoms diwakili pengerusi eksekutifnya Datuk Mohd Zubir Sheikh Saad.

Shaw berkata, beliau gembira kerana Malaysia memberi komitmen untuk terus melabur dalam bidang pendidikan dan yakin kerjasama rapat antara Malaysia dan Britain mampu melonjakkan kemajuan bidang pendidikan kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi.

Mengenai MoU berkenaan, Shaw berkata UEL memilih Picoms kerana rekod cemerlangnya sebagai penyedia pendidikan bioperubatan.

Shaw, yang berpejabat di Kuala Lumpur sejak November tahun lepas, berkata selain Picoms, UEL juga mengadakan kerjasama dengan beberapa universiti lain termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk menubuhkan pusat kewangan Islam bersama di UiTM dan di kampus UEL di Timur London.

Ahli akademik itu berkata, beliau tidak sabar menunggu kedatangan pelajar Britain untuk melanjutkn pengajian di sini melalui program berkembar.

“UEL mempunyai lebih 28,000 pelajar, 3,500 daripada mereka rakyat Malaysia,” katanya. - dipetik daripada BERNAMA

Cikgu Sharul - Tokoh akademik dari luar negara mengiktiraf kualiti pendidikan kita, dan kita sebagai warga Malaysia seharusnya berasa bangga...

Wednesday, August 17, 2011

Ramai Pelajar Lemah Bahasa Melayu

Isu kurang dibincang berbanding gagal kuasai bahasa Inggeris

PERSOALAN kegagalan penguasaan bahasa Inggeris yang baik oleh kebanyakan pelajar Malaysia selepas 13 tahun mempelajarinya, ikut mencetuskan pelbagai soalan, selain mengundang banyak komen. Ada yang menyoal keberkesanan kurikulum bahasa Inggeris sedia ada, kesesuaian dasar baru untuk memartabatkan bahasa Melayu, memperkukuh bahasa Inggeris dan kebijaksanaan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada awal tahun ini.

Ada juga yang mencadangkan pengembalian sekolah aliran Inggeris, menyalahkan guru yang dikatakan tidak cekap, mengaitkan sikap negatif pelajar dengan pen-capaian yang lemah dan menuduh Kementerian Pelajaran enggan mewajibkan kelulusan mata pelajaran bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Kita boleh terus menyoal dan mengulas persoalan ini, lebih-lebih lagi untuk mempromosikan bahasa Inggeris. Sebetulnya pada masa sama, kebanyakan pelajar kita termasuk Melayu sendiri, apatah lagi yang bukan Melayu juga tidak menguasai bahasa Melayu iaitu bahasa negara ini dengan baik. Namun, hal ini tidak banyak diperkata dan kalau cuba diperkata, ia tidak mendapat sambutan serta tempat untuk dibincangkan dengan rinci.

Ikut bersikap begini ialah pihak media, antaranya akhbar bukan bahasa Melayu yang kurang bersedia untuk memberi liputan adil mengenai bahasa ini. Bahasa Melayu yang menjadi bahasa leluhur, etnik dan ibunda orang Melayu, dianggap sebagai kualiti bangsa Melayu. Justeru, ia adalah tanggungjawab dan kewajipan bangsa Melayu saja.

Dalam kes bahasa Melayu di Malaysia, ideologi begini adalah salah. Bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa negara, yakni sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Sehubungan ini, martabatnya hendaklah dipertahan setiap masa oleh semua warga negara.

Sebenarnya, persoalan ketiadaan kecekapan berbahasa Inggeris, pengetahuan dan penguasaan rendah terhadap bahasa Melayu, termasuk kegagalan memahami sejarah tanah air oleh kebanyakan pelajar antara tanda dan gejala kemerosotan sistem pendidikan kita. Hal ini dapat dilihat pada bahkan pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang.

Kebanyakan mereka tidak mampu menulis dengan baik dalam bahasa Inggeris, tidak cekap berbahasa Melayu persuratan ketika bercakap dalam situasi formal, dan tidak memahami hubung kait peristiwa lampau negara yang penting dengan masa kini baik dalam konteks tempatan mahupun sejagat.

Kelemahan sistem pendidikan kita disedari kerajaan dan sedang dikaji semula untuk diperbaiki. Dalam konteks kecekapan berbahasa Inggeris, kita perlu berpijak di bumi nyata bahawa kecekapan yang bakal generasi muda kita peroleh, mungkin tidak dapat menandingi tahap yang diperlihatkan golongan lama. Ini antaranya adalah pada masa dulu, bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar, manakala kini ia hanya satu mata pelajaran.

Walaupun begitu, dengan penekanan serius kerajaan melalui pelbagai usaha pendidikan untuk memastikan generasi muda cekap berbahasa antarabangsa yang paling penting ini, golongan ini dengan sikap belajar yang betul serta bimbingan dedikasi guru, pasti memperlihat kecekapan yang jauh lebih baik daripada yang ada sekarang.

Dalam pada kita berikhtiar untuk menguasai bahasa Inggeris pada tahap baik, kita tidak boleh sekali-kali mengetepikan bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan. Pengetahuan dan penguasaan bahasa Melayu yang baik oleh rakyat Malaysia bukan saja penting, tetapi wajib.

Bahasa Melayu adalah maruah dan citra, selain jati diri bangsa dan negara. Maruah bahasa Melayu terletak pada martabatnya. Oleh itu, ia perlu diperlakukan dengan penuh tertib, sesuai dengan syiarnya sebagai bahasa utama di negara ini. Dengan ini, bahasa Melayu hendaklah selalu diutamakan dan tidak boleh diketepikan dalam sebarang ranah penggunaan yang sememangnya menjadi hak dan kuasanya.

Perilaku kita semua terhadap bahasa Melayu, khususnya yang bertentangan dengan syiarnya, sudah pasti akan menimbulkan pelbagai tanggapan. Oleh itu, tindakan yang boleh merendahkan citra bahasa Melayu hendaklah dihindari kerana ia boleh ikut merendahkan citra kita semua sebagai bangsa berharga diri dan negara berdaulat.

Sesungguhnya dalam bahasa Melayu tersimpan nilai, salasilah serta akar kita sebagai bangsa Malaysia. Dengan ini, hanya bahasa Melayu mampu memberi capaian langsung kepada warisan budaya serta pandangan dunia kita sebagai bangsa Malaysia, untuk melengkapi dan juga menolak perspektif yang disaji oleh tamadun lain.

Bahasa Melayu juga satu-satunya warisan budaya yang dengan penuh keyakinan dan pengertian, boleh bukan saja mempertahan tetapi menjamin kemuliaan kita sebagai satu bangsa bermaruah dan negara yang berdaulat di dunia ini.

Cikgu Sharul - Tidak salah belajar banyak bahasa, yang penting kemahuan dan perlaksanaan.. Cuma jangan jadi seperti pepatah Melayu.. "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.."

2 bahasa ajar Sains, Matematik

Kerajaan masih mengkaji kemungkinan menggunakan dua bahasa untuk mengajar Sains dan Matematik di sekolah, walaupun pada dasarnya program Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) akan menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kajian itu dibuat dalam konteks mengekalkan dasar MBMMBI tetapi pada masa sama, menimbang sama ada tawaran atau pilihan boleh dibuat kepada mana-mana sekolah yang berminat menggunakan bahasa Inggeris tanpa menimbulkan masalah.

"Apa yang kita utamakan dalam dasar baru ini ialah bagaimana kita nak perkukuh bahasa Inggeris. Ramai ibu bapa berminat pembelajaran dan penguasaan bahasa Inggeris, sebab itu apabila ada saranan sebegitu, ada pihak meminta sama ada kita boleh beri kelonggaran.

"Perkara ini masih pada peringkat kajian oleh sebuah jawatankuasa kecil yang ditubuhkan dan dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud," katanya pada sidang media selepas majlis pengumuman pemenang Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011, di sini semalam.

April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan akan mendapatkan maklum balas ibu bapa sebelum memutuskan pelaksanaan PPSMI di sekolah selain mengkaji kemungkinan subjek itu diajar dalam bahasa Inggeris di sekolah terpilih tanpa mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

Beliau berkata, buat masa sekarang, tumpuan diberi terhadap kaedah memperkukuh pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah.
Katanya, pelajar didapati kurang kemampuan menguasai bahasa Inggeris, sekali gus memerlukan kajian lebih mendalam kerana kerajaan tidak mahu melaksanakan sesuatu dasar tetapi tidak mempunyai guru terlatih bagi menjayakannya dan akhirnya tidak mencapai apa yang diharapkan.

Justeru, katanya, kerajaan perlu mengambil pandangan menyeluruh kerana cadangan yang bagus pun tidak bermakna jika tidak ada kemampuan melaksanakannya, seperti PPSMI , yang diiktiraf bagus tetapi kebanyakan sekolah tidak ada guru yang cukup fasih bahasa Inggeris bagi mengajarnya.

Cikgu Sharul - Terpulanglah kepada pihak yang berkenaan tentang pemilihan bahasa untuk P&P Sains dan Matematik..

Tuesday, August 16, 2011

Penerbitan Buku Baru Mencecah 16,000 Judul

Jumlah penerbitan buku baru di negara ini telah mencecah 16,000 judul pada masa ini yang membolehkan Malaysia berada pada kedudukan ke-23 daripada 110 negara di seluruh dunia, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata walaupun negara masih berada di belakang negara jiran iaitu Vietnam dan Indonesia, namun jumlah tersebut telah menunjukkan kesungguhan penerbit tempatan untuk mencapai sasaran yang diunjurkan.

"Semasa merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada April lalu, saya telah menggesa semua penerbit tempatan sama ada dari agensi kerajaan atau swasta untuk sama-sama berusaha menerbitkan 26,000 judul buku terjemahan baru setahun.

"Jumlah yang saya unjurkan ini bukan omongan kosong semata-mata, tetapi ia bagi memenuhi nilai penerbitan buku sebanyak 0.1 peratus daripada jumlah penduduk negara ini, yang selaras dengan saranan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNESCO," katanya pada majlis pengumuman pemenang Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011 di sini, Selasa.

Beliau berkata kesungguhan itu merupakan sokongan para penerbit dengan usaha kerajaan, Kementerian Pelajaran khususnya dalam merealisasikan salah satu daripada sub-NKRA Pendidikan iaitu Meningkatkan Kadar Literasi dan Numerasi (LINUS).

"Oleh itu, saya menyeru supaya para penerbit terus berusaha dengan lebih keras bagi memastikan bahan bacaan mencukupi serta penghasilan dan penerbitan buku-buku yang dapat memenuhi selera pembacaan kira-kira 27 juta rakyat Malaysia," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Institut Terjemahan Negara Malaysia Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dalam ucapannya berkata 130 judul Buku Sains dan Matematik telah siap diterjemahkan dan akan diterbitkan sebelum penghujung tahun ini.

Katanya 100 buah buku telah diedarkan kepada 9,980 buah sekolah di seluruh negara dan bakinya akan dikirimkan dalam masa terdekat.

SJK (Cina) Chung Hua, Sarawak telah dipilih sebagai juara bagi kategori sekolah rendah di dalam pertandingan tersebut yang julung kali diadakan bagi penghasilan video terbaik mereka bertajuk "Pertarungan Hebat Ahli Silap Mata".

Muhyiddin menyampaikan hadiah RM15,000 untuk pemenang dan RM10,000 untuk sekolah yang diwakili.

Bagi kategori sekolah menengah, ia dimenangi oleh SMK King George V, Negeri Sembilan bagi video mereka bertajuk "Terokai Tenaga Suria" dan menerima RM20,000 untuk pemenang dan RM10,000 untuk sekolah yang diwakili. - dipetik daripada BERNAMA

Cikgu Sharul - Ini lagi satu usaha untuk membantu masyarakat Malaysia dalam memupuk budaya membaca..


Guna Dua Bahasa Ajar Sains Dan Matematik Masih Di Peringkat Kajian

Kementerian Pelajaran masih mengkaji kemungkinan menggunakan dua bahasa untuk mengajar Sains dan Matematik di sekolah, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata kajian itu perlu dilakukan dalam konteks kerajaan telah memutuskan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) sama ada tawaran atau pilihan boleh dibuat kepada mana-mana sekolah yang berminat tanpa menimbulkan sebarang masalah.

Katanya kajian itu sedang dilakukan oleh sebuah jawatankuasa kecil yang telah ditubuhkan dan diketuai oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud.

"Ini kerana yang kita utamakan dalam dasar baru kita ialah untuk memperkukuhkan bahasa Inggeris. Saya tahu ramai ibu bapa yang berminat tentang soal pembelajaran dan penguasaan bahasa Inggeris.

"Jadi apabila ada saranan begitu, mungkin ada pihak yang menyatakan boleh tak beri kelonggaran," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011 di sini, Selasa.

April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mendapatkan input daripada ibu bapa sebelum memutuskan mengenai pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah.

Najib berkata Kementerian Pelajaran juga akan mengkaji sama ada mungkin subjek-subjek itu diajar dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah terpilih tanpa mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

Muhyiddin berkata kementerian juga tidak boleh membuat keputusan terburu-buru dan perlu mengkaji secara mendalam dan tidak mengambil kira satu atau dua cadangan yang diterima.

Katanya kementerian kini sedang memberi tumpuan dari segi cara dan kaedah untuk dilaksanakan bagi memperkukuh pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah.

"Beberapa hari lepas, saya telah mengeluarkan kenyatan tentang kurang kemampuan pelajar kita untuk menguasai bahasa Inggeris. Jadi, ini memerlukan kita buat kajian secara mendalam.

"Ini kerana kita tidak mahu melaksanakan sesuatu tanpa mempunyai guru yang terlatih akhirnya kesan tidak sampai seperti yang diharapkan," katanya.

Muhyiddin berkata langkah itu memerlukan kajian dari segi latihan perguruan, guru untuk ditempatkan di sekolah, tempoh masa untuk pelajar mempelajari bahasa Inggeris, buku yang digunakan atau kurikulum yang diketengahkan.

"Ada pihak mencadangkan supaya memperkenalkan semula sistem pendidikan dahulu di mana lebih banyak membaca atau bertutur atau memperkenalkan komponen sastera dalam pembelajaran bahasa Inggeris kerana sastera boleh menjadikan pelajar kreatif," katanya.

Mengenai pengambilan guru pakar bahasa Inggeris dari luar negara, beliau berkata 50 orang guru pakar bahasa Inggeris akan dihantar oleh Amerika Syarikat ke negara ini pada tahun depan di bawah program Sistem Pengajaran Inggeris Fulbright.

Beliau berkata mereka yang merupakan kumpulan pertama itu akan mengajar dan membimbing guru-guru bahasa Inggeris manakala guru pakar bagi kumpulan kedua nanti akan ditempatkan di sekolah-sekolah terpilih untuk mengajar bahasa Inggeris. - dipetik daripada BERNAMA

Cikgu Sharul - Pelbagai cara telah dilakukan oleh kerajaan bagi membantu kita menguasai subjek Sains dan Matematik, bukan dalam BI sahaja, malah dalam BM juga, melalui program MBMMBI..

Sunday, August 14, 2011

Sekolah Berprestasi Tinggi

Berikut senarai terkini Keseluruhan Sekolah Berprestasi Tinggi 2010 dan juga 2011 yang melibatkan 52 buah sekolah.

Sekolah Menengah

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.

2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.

3. Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.

4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.

5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.

6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.

8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.

9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.

10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.

11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.

12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.

13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.

14. SMS Muzaffar Syah, Melaka. 15. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu;

16. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor;

17. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak;

18. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor;

19. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah;

20. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang;

21. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur;

22. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan;

23. Sekolah Menengah Sains (SMS) Sabah;

24. Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Negeri Sembilan;

25. Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Selangor; 26. Sekolah Menengah Sains Kuching, Sarawak:

27. SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan;

28. SM Kebangsaan Lembah Bidong, Terengganu dan

29. SMK Agama Naim Lilbanat, Kelantan.

Sekolah Rendah.

1. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.

2. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.

3. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.

4. SK Convent Kota, Taiping, Perak.

5. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

6. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor

7. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak;

8. SK Convent Muar, Johor; 9. SK Seri Biram, Pahang;

10. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah;

11. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur; 12. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang;

13. SK Sultan Ismail, Terengganu; SK Jalan Tiga, Selangor;

14. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang

15. SJK(C) Lick Hung, Selangor.

16. Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam, Selangor

17. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Tung Hua, Sarawak.


Cikgu Sharul - Syabas dan tahniah diucapkan.. kepada sekolah lain, usaha lagi...

Thursday, August 11, 2011

RM19.4 juta untuk Sekolah Mubaligh di Sabah



Sabah akan menerima RM19.4 juta daripada peruntukan khas RM70 juta untuk sekolah-sekolah mubaligh di bawah Rancangan Malaysia Ke-10, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Wang itu adalah untuk 101 sekolah mubaligh di seluruh Sabah, di mana peruntukan bagi setiap sekolah berbeza bergantung permohonan dan keperluan masing-masing, katanya selepas menyampaikan cek bantuan tersebut masing-masingnnya sebanyak RM50,000 kepada 12 buah sekolah mubaligh dalam daerah Kota Kinabalu di SM La Salle, sebuah daripada sekolah penerima itu, di sini hari ini.

Sekolah lain adalah SK St Francis Convent, SM St Francis Convent, SK Stella Maris, SM Stella Maris, SK Sacred Heart, SM All Saints, SK St Catherine, SK Saint Agnes, SK Good Shepherd, SK St Peter Telipok dan SM St Peter Telipok.

Sekolah-sekolah ini adalah antara kumpulan pertama yang menerima peruntukan tersebut. Kini terdapat 441 sekolah mubaligh di seluruh negara.

Terdahulu dalam ucapannya, Puad berkata kebiasaannya sekolah mubaligh yang tergolong dalam kategori sekolah bantuan kerajaan, diberi modal pembangunan dua tahun sekali berdasarkan permohonan yang dibuat, namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas kepekaan beliau, telah memberi peruntukan khas RM70 juta untuk sekolah-sekolah mubaligh ini.

"Yang paling penting peruntukan ini mesti sampai secepat mungkin ke sekolah-sekolah tersebut untuk memastikan kecemerlangan pendidikan dapat ditingkatkan dari penambahbaikan kemudahan-kemudahan sekolah," katanya.

Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah SM La Salle, Ho Kin Wong, yang mewakili Lembaga Pengurusan Sekolah Mubaligh Negeri Sabah, berkata kebanyakan sekolah-sekolah mubaligh ini telah ditubuhkan sejak lama dahulu, termasuk yang wujud lebih 100 tahun.

Dengan itu, katanya, banyak kerja penyenggaraan dan pembaikan perlu dilakukan, dan ini memerlukan bantuan kewangan yang banyak. - dipetik daripada BERNAMA

Cikgu Sharul - Terima kasih banyak...Kalau boleh perluaskan kepada sekolah kebangsaan juga...almaklumlah, sekolah kebangsaan di Sabah ni masih perlukan banyak pembangunan..

Monday, August 8, 2011

Bonus setengah bulan untuk penjawat awam, RM500 untuk pesara

Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
dipetik daripada BERNAMA

Cikgu Sharul: Terima Kasih, Datuk Seri... Ringan juga beban para penjawat awam khasnya guru-guru di Malaysia ni..