Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya.
Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
dipetik daripada BERNAMA
Cikgu Sharul: Terima Kasih, Datuk Seri... Ringan juga beban para penjawat awam khasnya guru-guru di Malaysia ni..
em...Alhamdulillah dapat juga meringankan beban penjawat awam bagi merayakan aidilfitri thn ni...tp bagaimana pula dengan kakitangan swasta..kesian pula kalau majikan mereka tak dapat bonus kan...tp yang tak bekerja macam petani/nelayan lagi kesian kan....:'(
ReplyDelete